Monday 12 August 2013

MAAFKAN SAYA :(

  "Hai sayang ? Buat apa ? Busy ke ?" Membaca mesejnya saja cukup untuk buat aku tersenyum sendiri. "Saja tengah rest sambil baca buku" balasku. "wahh rajinnya.. jom jumpa ?" balasnya pula. "Boleh je.. Tapi, kat mana ?" balasku. Dia balas "KLCC okay ?" "Okay no problem.. Tunggu saya yee" balasku lagi..

  Aku dan Aril merupakan pasangan yang amat dikenali di universiti. Setiap pelajar wanita di universiti ini pastinya amat cemburu denganku kerana dapat memiliki lelaki idaman mereka. Walaupun heboh mengenai perangai Aril yang agak liar dan sering digelar sebagai 'playboy', aku sedikit pun tidak mempercayainya kerana sepanjang aku kenal dengan Aril dia masih setia denganku.

  Sedang aku berjalan mennuju ke dewan kuliah bersama rakan karibku Hani, kelihatan ramai pelajar berkumpul di kafeteria. Hani terus menarik tanganku untuk menuju ke kafeteria untuk mengetahui apa yang sedang berlaku. Sampai je di kelompok pelajar tersebut, Hani menerima sehelai kertas. Hani membaca dengan tekun setiap baris ayat dalam kertas tersebut. Selesai membaca kertas tersebut, Hani memandang aku dengan pandangan yang amat sukar untuk ditafsirkan. aku terus bertanya "kenapa Hani?"

  "Aril dan Lina...." Jawabnya. Aku mengerutkan dahi sambil mengambil kertas yang masih berada di tangan Hani. Bagai mahu tercabut biji mataku dan nafasku seolah-olah berhenti tatkala membaca isi kandungan kertas tersebut. 'Dua pelajar IPT ditangkap khalwat di sebuah hotel pada malam tadi.. pelajar tersebut ialah Mohd. Aril dan Faralina'.

  Dua baris ayat itu bagaikan berlagu-lagu di dalam kepalaku. Aku merasakan waktu telahpun berhenti pada saat itu. Duniaku kosong dan hatiku hancur lumat. Tanpa sedar, air mataku mengalir deras tanpa berhenti. Hani mencuit lenganku. Aku tersentak. Lantas menngesat air mata yang mengalir. Tiba-tiba  telefon aku berbunyi lalu aku menyeluk tangan ke dalam poket untuk mengeluarkan telefon. Tertera nama Aril yang sedang menelefon. Tanpa berfikir panjang aku terus menekan butang merah dan bergegas bereda tanpa menghiraukan orang yang memandang.

  Selepas keluar dari dewan kuliah, aku menuju ke taman bersendirian. Hasratku untuk cuba menenang diri dan menerima segala yang telah berlaku. Aku melabuhkan punggung di sebuah bangku kosong. Nun di kejauhan aku terlihat bayang yang cukupku kenali. Aril !!! Aku bergegas bangun dan mengatur langkah untuk beredar. Panggilannya aku biarkan sepi. Langkahku terhenti apbila lenganku dicapai. "Awak nak apa lagi ?"

  Aril merenung sayu ke wajahku. "Saya minta maaf" balasnya pendek. Aku tersenyum sinis memandangnya. Aku merentap lenganku dengan kasar dari pegangannya. "Senangnya awak minta maafkan. Awak ingat hati saya ni besi ? Batu ? Tak ada perasaan ?" hamburku. Sedaya upaya aku tahan agar air mataku tak mengalir. "Saya tahu saya salah dann saya betul-betul menyesal." Ucapnya dengan penuh sayu. "Tak guna untuk awak menyesal sekarang Aril. Sudahlah saya tak nak jumpa awak lagi dan tolong jangan cari saya lagi." Kataku sambil terus berlalu pergi.

3 TAHUN KEMUDIAN

  Sedang aku berehat sambil menikmati minum petang bersama ibuku, tiba-tiba kedengaran satu suara dari luar memberi salam. Aku dan umie menjawab salam serentak sambil meninjau siapa yang berada di luar. Kelihatan along datang bersama seorang temannya. Hampir tersembur air yang ku teguk apabila melihat teman along tersebut. Aku berlari terus ke kamar kerana kepalaku tidak bertudung dan sebab ada Aril di situ. Aku tidak mahu keluar kamar untuk bertemu Aril kerana peristiwa tiga tahun masih segar diingatan.

Aku duduk termenung sendirian di rumah. Perasaanku menjadi kacau bilau apabila bayangan Aril sering muncul dalam hidupku sejak peristiwa bertemu Aril dua hari lepas. Sedang asyik melayan perasaan, tiba-tiba telefonku berbunyi nyaring. Aku terus melihat pada skrin telefon dan tertera nama 'UMIE.' Aku segera menjawab telefon. "Along kemalangan Aera.. Sekarang along ada di hospital.. Cepat ke sini tau." Tanpa berfikir panjang, aku terus mencapai kunci kereta dan bergegas ke hospital. Akibat terlalu gementar, aku tidak perasan ada sebuah lori balak lalu aku telah merempuh lori tersebut. Aku merasa pening dan segalanya gelap.

  Aku membuka mata perlahan-lahan. Kedengaran suara samar-samar di sekeliling. Aku berasa pelik kerana aku tidak dapat melihat apa-apa. Keadaan di situ hanya gelap dan kelam. Aku berbisik di dalam hati 'apa yang dah jadi dengan aku? Aku buta? Tak mungkin. Aku tak percaya.' Tiba-tiba kedengaran suara umie lembut menyapaku. Ada sendu di dalam suaranya.

  "Umie kenapa dengan Aera? Apa dah jadi dekat Aera? Aera tak butakan" desakku. "Sabarlah Aera. Aera memang buta akibat kemalangan tempoh hari. Tapi Aera jangan bimbang doktor sedang cuba mencari penderma yang sesuai untuk Aera" pujuk umie. Aku terus menangis semahunya dalam dakapan umie. Aku merasakan bahawa hidupku telah berakhir. Hidupku kosong dan suram.

                                                                *********************

  Kedengaran pintu bilik di buka. Siapa yang datang tidak diketahui. Hanya mendengar sahaja. "Aera..." kedengaran suara along menyapa. "Ada apa along?" balasku ringkas. "Along ada berita  gembira untuk Aera.. Doktor telah menemukan penderma yanng sesuai untuk Aera dan kalau Aera bersetuju minggu depan doktor akan jalankan pembedahan" jawab along panjang lebar. "Ya ALLAH Aera setuju sangat-sangat along" balasku sambil tersenyum riang.

                                                                ********************

  Seminggu kemudian pembedahan telah selamat dijalankan. Aku bersyukur sangat-sangat ke hadrat ILLAHI. Kini aku telah dapat melihat seperti sebelumnya. Kelihatan hanya along saja yang berada di bilik bersama aku. Umie turun bawah membeli makanan yang dipesanku tadi. Kelihatan wajah along agak sedih dan muram. "Kenapa dengan along nie? Muram jee" soalku tanda prihatin. Along menghampiriku lalu menjawab "Along gembira sangat yang adik along telah pulih dan dapat melihat seperti sebelumnya. Tapi, Aera tak nak tahu ke siapa yang telah menndermakan matanya pada Aera?" terusku mengangguk tanda ingin tahu. "Aril" jawab along sepatah. Nama itu cukup membuat aku tersentak.

  Aku memandang along dengan sayu bagi mendapatkan kepastian. Along mengangguk perlahan sambil mengeluh. Along memberi tahu bahawa Aril telah menghidap barah paru-paru. Dia membuat keputusan memberhentikan pembedahannya apabila mengetahui bahawa aku terlibat dalam kemalangan dan disahkan buta. Dia berhasrat untuk mendermakan matanya padaku setelah dia meninggal. Tak lama lepas itu dia pun meninggal dan mendermakan matanya padaku. Setelah mendengar cerita along, air mataku terus mengalir dengan deras. Aku berasa bersalah sangat terhadap Aril.

  Along menghulurkan sehelai kertas putih kepadaku. Aku tersus mencapai dan membuka kertas tersebut.
....Saya menghadiahkan mata itu sebagai tanda minta maaf saya kepada awak atas kesilapan yang saya lakukan pada awak dulu.. Itu lebih penting untuk saya di akhirat kelak.. Walaupun saya tidak akan pernah dapat cinta awak lagi.. Salam sayang dari jauh - ARIL.... Aku melipat kertas itu perlahan-lahan. Perasaan bersalah mula menyelubungi diri. Aku menyeka air mata yang bercucuran keluar dan cuba untuk menerima semua ini dengan redha. Esok aku dibenarkan pulang. Pusara Aril adalah destinasi utama aku. Aku akan hadiahkan surah yaasin serta doa kepadanya.

  "Aril, kedatangan saya, doa serta surah yaasin yang saya hadiahkan adalah bukti yang saya telah memaafkan awak seikhlas hati saya. Maafkan saya juga dan terima kasih Aril. Saya akan kenang jasa baik awak. Semoga awak tenang di sana." Ucapku sambil memandang sayu nisan yang terukir nama Aril. Aku bangun dan memandang pusaranya sayu. Tanah perkuburan itu ku tinggalkan dengan perasaan yang bercampur antara bersalah, sedih dan terkilan.'Pergilah Aril... Bawalah segala kenangan pahit manis kita bersama dahulu' bisik hatiku sayu.

-TAMAT-

No comments:

Post a Comment