Wednesday 20 November 2013

6 PETANDA LELAKI SETIA

1. MEMBIMBING & MELINDUNGI
   Jika kekasih kamu seorang yg setia dia boleh membimbing & melindungi. Dalam sebuah hubungan, si dia merupakan seorang pemimpin & ketua. Jadi apabila kalian bersama, si dia mampu membimbing kamu ke arah kebaikan demi hubungan cinta.

2. MENGHORMATI & MENGHARGAI
   Lelaki yg setia tidak akan menjadikan teman wanitanya sebagai 'orang suruhan' seolah-olah hanya dia sahaja yg berkuasa. Si dia perlu menghargai setiap pendapat dan perbezaan yg anda berikan. Pada masa sama, si dia juga turut menghormati dan menjaga kamu sebaiknya. Si dia tidak akan pernah berkasar sama ada dari segi percakapan atau perbuatan.

3. JUJUR
   Si dia juga akan jujur dalam setiap tindakan dan percakapannya. Si dia akan sentiasa memberitahu kamu perkara yg sebenar walaupun si dia telah melakukan kesilapan tanpa ada maksud yg negatif. ;)

4. BERSYUKUR
   Lelaki yg setia adalah lelaki yg tahu bersyukur. Dia akan sentiasa merasa puas dengan apa yg telah dicapainya seterusnya menjaga apa yg telah dimilikinya. Ini kerana, dia percaya bahawa setiap apa yg diperolehnya adalah hasil usahanya sendiri bergitu jugalah dalam hubungan.

5. MENEPATI JANJI
   Jika sesekali mereka terlambat untuk janji temu, maafkan saja mereka. Tetapi, seorang lelaki yg setia akn sentiasa menepati janji. Ia secara tidak langsung, menunjukkan si dia benar2 menjaga komitmen cinta yg sedia terjalin. Jika dia terlewat sekalipun, dia akan berterus terang lalu mengajak kamu berbincang untuk mencari penyelesaian. :D

6. TIDAK MEMBERONTAK & TIDAK DAHAGAKAN PERHATIAN
    Lelaki yg setia tidak akan memberontak dan tidak terlalu dahagakan perhatian. Dia tidak akan meminta-minta atau mencari pujian daripada gadis lain semata-mata mahu memastikan dia cukup tampan atau selayaknya menjadi teman istimewa kamu.
 

Tuesday 13 August 2013

DISEBABKAN EGO

  Aresyah duduk di pangkin rumahnya yang berhadapan dengan laut bagi menenangkan fikirannya yang sedang bercelaru. Air matanya tidak henti-henti mengalir dek kerana hatinya telah dilukai oleh insan yang dipuja selama ini. Dia berasa amat kecewa apabila cinta yang diberi sepenuh hati telah di khianati. Hati dia remuk radam dan sukar menerima apa yang berlaku.

  Aresyah mengesat air matanya yang masih lagi merembas keluar. Teringat saat lelaki yang amat dicintai beralih hati. Sedangkan dia telah memberikan hatinya yang tidak pernah pudar rasa sayang sehingga lima tahun. Ah lelaki!! Ingatan dia masih segar bagaimana Nazri sanggup melukakan hati kecilnya hanya disebabkan oleh seseorang yang digelar perempuan. Aresyah bertekad mahu melupakan segala kenangan dia bersama Nazri dulu. Dia ingin bangkit daripada semua kelukaan ini. Tetapi, mampukah Aresyah melakukan semua ini ??

                                                     ***************

  Aresyah sedang asyik melayan Facebook. Dia membuka  profil Nazri untuk melihat gambar-gambar Nazri. Inilah rutin Aresyah setiap kali melayan Facebook. Ketika sedang leka melihat profil Nazri, mata dia terpaku pada sepotong ayat yang diberikan lelaki itu kepada seorang perempuan. Matanya terbuntang melihat bait-bait ayat yang diungkapkan lelaki itu. "I love you dear Baby.. I sayangkan you.." Ayat itu cukup membuatkan darah Aresyah mendidih. Untuk apa Nazri menulis ayat itu dan siapa yang dimaksudkan dengan 'Baby' ? sebab sepanjang mereka berkenalan, Nazri tidak pernah memanggilnya dengan panggilan sedemikian.

  Aresyah pantas mengambil telefon bimbitnya dan menelefon buah hatinya bagi meminta penjelasan atas apa yang telah dia baca tadi. Panggilanpun bersambung. Aresyah tidak dapat menanti dan sabar dengan kata-kata kiasan. Dia terus melulu tanya kepada Nazri. "Siapa Baby? Sejak bila kau bercinta dengan dia? Kau cakap sekarang dengan aku!!"  hilang sudah panggilan manja di antara mereka.. Nazri hanya mendiamkan diri. Darah Aresyah makin mendidih. "Cakaplah! Kenapa kau diam?" herdik Aresyah. "Dia girlfriend aku. Puas hati kau? tempelak Nazri. "Sudahlah kau jangan ganggu hidup aku lagi" Nazri memberi amaran.

 Klik. Talian telahpun dimatikan. Telefon Aresyah terus jatuh dari genggamannya. Hatinya hancur berkecai atas apa yang berlaku. Semudah itu kasih sayang yang aku berikan dikhianati? Ya ALLLAH berilah kekuatan padaku untuk menghadapinya. Kini Aresyah tidak dapat menahan kelopak matanya dari dibanjiri mutiara jernih. Hubungan yang telah terjalin selama lima tahun telah sampai ke penghujungnya. Tidak mungkin dapat diselamatkan lagi.

                                              ***********************

  Aresyah pergi berjalan-jalan di persisiran pantai bagi menangkan fikiran. Deruan ombak yang mendamaikan dapat memberikan sedikit ketenangan padanya. Gadis itu mengaharapkan ada sinar cahaya cinta dalam dirinya agar dia dapat melupakan segala yang mengganggu jiwanya. Gadis itu bangun dan kakinya menari-nari di gigi air. Rambutnnya terbang mengikut arah tiupan angin. Sejuk anging mencengkam tubuhnya yang berbaju kurung. Tempat inijugalah mengingatkannya pada kenangan pada seorag lelaki yang pernah menyelamatkannya. Memberinya peluang kedua untuk hidup dan menemui takdir cintanya.

  Setelah beberapa bulan berlalu, Nazri kembali untuk menagih kembali cinta Aresyah. Dia sedar akan kesilapan dan kebodohannya yang tak tahu menilai yang mana cinta dan dusta. Namun tidak semudah itu bagi insan yang bernama Aresyah untuk menerima Nazri kembali. Pintu hatinya telah terktutup buat Nazri.

  "Awak faham ke tidak antara kita tak ada apa-apa lagi!!" herdik Aresyah. Rimas dengan kelakuan lelaki yang tak tahu malu. Hubungan sudah putus nak apa lagi ? "Syasya pleasee... Aku nak cakap sesuatu dengan kau.. Bagi aku satu lagi peluang pleasee..." jerit Nazri tanpa kenal erti putus asa. "Kau nak apa lagi ? Bagi kau peluang? Huh, kau dah lupa ke apa yang kau kata pada aku?" balas Aresyah sinis. "Aresyah pleasee bagi aku peluang terakhir untuk bersama dengan kau.." sayu suara Nazri. "Sorrylah aku dah ada boyfriend Kau pergilah cari perempuan lain. Hubungan kita dah lama putus dan tak akan bersama kembali FAHAM !!" jerit Aresyah dalam nada geram. Nazri tersentak. Dah ada boyfriend? Semudah itu? Saat itu Nazri telah hilang dari pandangan Aresyah, dia terus mengemas buku-bukunya ke dalam beg dan pulang ke rumah sewa.

                                      **************************

  PATUNG yang diberikan Nazri dipeluknya erat. Dia berasa bersalah sama ada mahu simpan atau pulangkannya kembali. Patung ini Nazri hadiahkan semasa mereka di kedai cenderahati. Masa itu dia berasa gembira sangat. "Kau pegang lagi patung tu buat apa? Kau nak bagi peluang kedua buat dia? Kalau aku, dah lama aku buang takpun aku bakar je patung tu. Puas hati aku." Fira rakan Aresyah memberi cadangan. "Entah.. Kau lupakan je dia. Ramai lagi lelaki yang lebih bagus dari dia" sampuk Dayah pula.

  Aresyah terus menyimpan anak patung tersebut ke dalam sebuah kotak lalu di simpannya ke dalam stor. Aku yang bodoh atau aku tidak tahu berfikir. Dia merasakan inilah keputusan yang sangat tepat. Membuang laki itu jauh-jauh dari hidupnya setelah lima tahun menjalin hubungan. Tiada lagi peluang kedua atau seumpama dengannya. Dia meletakkan egonya.

                              *****************************

  Kerana ego juga, Aresyah telah membawa diri pergi jauh dari Nazri. Namun, setelah setahun berlalu, mereka telah bertemu kembali apabila Nazri muncul untuk mengucapkan tahniah  atas kejayaannya menamatkan pengajian. "Tahniah Syasya.. Malam nie Syasya nampak cantik sangat.." puji Nazri. "Terima kasih" balas Aresyah sekilas. Dia masih marahkan Nazri atas apa yang berlaku antara mereka dahulu. "Syasya maafkan aku boleh?" pinta Nazri dengan lembut. "Maafkan kau? Terlalu mudah untuk kata maaf setelah diri aku kau khianati. Kau masih ada otakkan? Fikirlah sendiri!" bentak Aresyah. Dia meletakkan egonya agar dia tidak memberi peluang kepada Nazri. Aresyah terus berlalu meninggalkan Nazri. Aresyah berjalan keseberang tanpa melihat kiri dan kanan.

  "Aresyah !!!" jerit Nazri sekuat hati. Aresyah terkejut apabila badannya ditolak dan kedengaran bunyi dentuman yag agak kuat. Aresyah terus berpaling dan dia terus berlari ke arah bunyi dentuman itu. Aresyah dapati sekujur tubuh Nazri telah kaku di atas jalan. Dia rasa amat terkilan. Sekali lagi dia telah diselamatkan Nazri. Aresyah terus berlari ke arah Nazri sambil meraung. Dia berasa menyesal kerana disebabkan ego dia hilang orang yang dia sayang.

-TAMAT-






Monday 12 August 2013

MAAFKAN SAYA :(

  "Hai sayang ? Buat apa ? Busy ke ?" Membaca mesejnya saja cukup untuk buat aku tersenyum sendiri. "Saja tengah rest sambil baca buku" balasku. "wahh rajinnya.. jom jumpa ?" balasnya pula. "Boleh je.. Tapi, kat mana ?" balasku. Dia balas "KLCC okay ?" "Okay no problem.. Tunggu saya yee" balasku lagi..

  Aku dan Aril merupakan pasangan yang amat dikenali di universiti. Setiap pelajar wanita di universiti ini pastinya amat cemburu denganku kerana dapat memiliki lelaki idaman mereka. Walaupun heboh mengenai perangai Aril yang agak liar dan sering digelar sebagai 'playboy', aku sedikit pun tidak mempercayainya kerana sepanjang aku kenal dengan Aril dia masih setia denganku.

  Sedang aku berjalan mennuju ke dewan kuliah bersama rakan karibku Hani, kelihatan ramai pelajar berkumpul di kafeteria. Hani terus menarik tanganku untuk menuju ke kafeteria untuk mengetahui apa yang sedang berlaku. Sampai je di kelompok pelajar tersebut, Hani menerima sehelai kertas. Hani membaca dengan tekun setiap baris ayat dalam kertas tersebut. Selesai membaca kertas tersebut, Hani memandang aku dengan pandangan yang amat sukar untuk ditafsirkan. aku terus bertanya "kenapa Hani?"

  "Aril dan Lina...." Jawabnya. Aku mengerutkan dahi sambil mengambil kertas yang masih berada di tangan Hani. Bagai mahu tercabut biji mataku dan nafasku seolah-olah berhenti tatkala membaca isi kandungan kertas tersebut. 'Dua pelajar IPT ditangkap khalwat di sebuah hotel pada malam tadi.. pelajar tersebut ialah Mohd. Aril dan Faralina'.

  Dua baris ayat itu bagaikan berlagu-lagu di dalam kepalaku. Aku merasakan waktu telahpun berhenti pada saat itu. Duniaku kosong dan hatiku hancur lumat. Tanpa sedar, air mataku mengalir deras tanpa berhenti. Hani mencuit lenganku. Aku tersentak. Lantas menngesat air mata yang mengalir. Tiba-tiba  telefon aku berbunyi lalu aku menyeluk tangan ke dalam poket untuk mengeluarkan telefon. Tertera nama Aril yang sedang menelefon. Tanpa berfikir panjang aku terus menekan butang merah dan bergegas bereda tanpa menghiraukan orang yang memandang.

  Selepas keluar dari dewan kuliah, aku menuju ke taman bersendirian. Hasratku untuk cuba menenang diri dan menerima segala yang telah berlaku. Aku melabuhkan punggung di sebuah bangku kosong. Nun di kejauhan aku terlihat bayang yang cukupku kenali. Aril !!! Aku bergegas bangun dan mengatur langkah untuk beredar. Panggilannya aku biarkan sepi. Langkahku terhenti apbila lenganku dicapai. "Awak nak apa lagi ?"

  Aril merenung sayu ke wajahku. "Saya minta maaf" balasnya pendek. Aku tersenyum sinis memandangnya. Aku merentap lenganku dengan kasar dari pegangannya. "Senangnya awak minta maafkan. Awak ingat hati saya ni besi ? Batu ? Tak ada perasaan ?" hamburku. Sedaya upaya aku tahan agar air mataku tak mengalir. "Saya tahu saya salah dann saya betul-betul menyesal." Ucapnya dengan penuh sayu. "Tak guna untuk awak menyesal sekarang Aril. Sudahlah saya tak nak jumpa awak lagi dan tolong jangan cari saya lagi." Kataku sambil terus berlalu pergi.

3 TAHUN KEMUDIAN

  Sedang aku berehat sambil menikmati minum petang bersama ibuku, tiba-tiba kedengaran satu suara dari luar memberi salam. Aku dan umie menjawab salam serentak sambil meninjau siapa yang berada di luar. Kelihatan along datang bersama seorang temannya. Hampir tersembur air yang ku teguk apabila melihat teman along tersebut. Aku berlari terus ke kamar kerana kepalaku tidak bertudung dan sebab ada Aril di situ. Aku tidak mahu keluar kamar untuk bertemu Aril kerana peristiwa tiga tahun masih segar diingatan.

Aku duduk termenung sendirian di rumah. Perasaanku menjadi kacau bilau apabila bayangan Aril sering muncul dalam hidupku sejak peristiwa bertemu Aril dua hari lepas. Sedang asyik melayan perasaan, tiba-tiba telefonku berbunyi nyaring. Aku terus melihat pada skrin telefon dan tertera nama 'UMIE.' Aku segera menjawab telefon. "Along kemalangan Aera.. Sekarang along ada di hospital.. Cepat ke sini tau." Tanpa berfikir panjang, aku terus mencapai kunci kereta dan bergegas ke hospital. Akibat terlalu gementar, aku tidak perasan ada sebuah lori balak lalu aku telah merempuh lori tersebut. Aku merasa pening dan segalanya gelap.

  Aku membuka mata perlahan-lahan. Kedengaran suara samar-samar di sekeliling. Aku berasa pelik kerana aku tidak dapat melihat apa-apa. Keadaan di situ hanya gelap dan kelam. Aku berbisik di dalam hati 'apa yang dah jadi dengan aku? Aku buta? Tak mungkin. Aku tak percaya.' Tiba-tiba kedengaran suara umie lembut menyapaku. Ada sendu di dalam suaranya.

  "Umie kenapa dengan Aera? Apa dah jadi dekat Aera? Aera tak butakan" desakku. "Sabarlah Aera. Aera memang buta akibat kemalangan tempoh hari. Tapi Aera jangan bimbang doktor sedang cuba mencari penderma yang sesuai untuk Aera" pujuk umie. Aku terus menangis semahunya dalam dakapan umie. Aku merasakan bahawa hidupku telah berakhir. Hidupku kosong dan suram.

                                                                *********************

  Kedengaran pintu bilik di buka. Siapa yang datang tidak diketahui. Hanya mendengar sahaja. "Aera..." kedengaran suara along menyapa. "Ada apa along?" balasku ringkas. "Along ada berita  gembira untuk Aera.. Doktor telah menemukan penderma yanng sesuai untuk Aera dan kalau Aera bersetuju minggu depan doktor akan jalankan pembedahan" jawab along panjang lebar. "Ya ALLAH Aera setuju sangat-sangat along" balasku sambil tersenyum riang.

                                                                ********************

  Seminggu kemudian pembedahan telah selamat dijalankan. Aku bersyukur sangat-sangat ke hadrat ILLAHI. Kini aku telah dapat melihat seperti sebelumnya. Kelihatan hanya along saja yang berada di bilik bersama aku. Umie turun bawah membeli makanan yang dipesanku tadi. Kelihatan wajah along agak sedih dan muram. "Kenapa dengan along nie? Muram jee" soalku tanda prihatin. Along menghampiriku lalu menjawab "Along gembira sangat yang adik along telah pulih dan dapat melihat seperti sebelumnya. Tapi, Aera tak nak tahu ke siapa yang telah menndermakan matanya pada Aera?" terusku mengangguk tanda ingin tahu. "Aril" jawab along sepatah. Nama itu cukup membuat aku tersentak.

  Aku memandang along dengan sayu bagi mendapatkan kepastian. Along mengangguk perlahan sambil mengeluh. Along memberi tahu bahawa Aril telah menghidap barah paru-paru. Dia membuat keputusan memberhentikan pembedahannya apabila mengetahui bahawa aku terlibat dalam kemalangan dan disahkan buta. Dia berhasrat untuk mendermakan matanya padaku setelah dia meninggal. Tak lama lepas itu dia pun meninggal dan mendermakan matanya padaku. Setelah mendengar cerita along, air mataku terus mengalir dengan deras. Aku berasa bersalah sangat terhadap Aril.

  Along menghulurkan sehelai kertas putih kepadaku. Aku tersus mencapai dan membuka kertas tersebut.
....Saya menghadiahkan mata itu sebagai tanda minta maaf saya kepada awak atas kesilapan yang saya lakukan pada awak dulu.. Itu lebih penting untuk saya di akhirat kelak.. Walaupun saya tidak akan pernah dapat cinta awak lagi.. Salam sayang dari jauh - ARIL.... Aku melipat kertas itu perlahan-lahan. Perasaan bersalah mula menyelubungi diri. Aku menyeka air mata yang bercucuran keluar dan cuba untuk menerima semua ini dengan redha. Esok aku dibenarkan pulang. Pusara Aril adalah destinasi utama aku. Aku akan hadiahkan surah yaasin serta doa kepadanya.

  "Aril, kedatangan saya, doa serta surah yaasin yang saya hadiahkan adalah bukti yang saya telah memaafkan awak seikhlas hati saya. Maafkan saya juga dan terima kasih Aril. Saya akan kenang jasa baik awak. Semoga awak tenang di sana." Ucapku sambil memandang sayu nisan yang terukir nama Aril. Aku bangun dan memandang pusaranya sayu. Tanah perkuburan itu ku tinggalkan dengan perasaan yang bercampur antara bersalah, sedih dan terkilan.'Pergilah Aril... Bawalah segala kenangan pahit manis kita bersama dahulu' bisik hatiku sayu.

-TAMAT-

Saturday 1 June 2013