Tuesday 13 August 2013

DISEBABKAN EGO

  Aresyah duduk di pangkin rumahnya yang berhadapan dengan laut bagi menenangkan fikirannya yang sedang bercelaru. Air matanya tidak henti-henti mengalir dek kerana hatinya telah dilukai oleh insan yang dipuja selama ini. Dia berasa amat kecewa apabila cinta yang diberi sepenuh hati telah di khianati. Hati dia remuk radam dan sukar menerima apa yang berlaku.

  Aresyah mengesat air matanya yang masih lagi merembas keluar. Teringat saat lelaki yang amat dicintai beralih hati. Sedangkan dia telah memberikan hatinya yang tidak pernah pudar rasa sayang sehingga lima tahun. Ah lelaki!! Ingatan dia masih segar bagaimana Nazri sanggup melukakan hati kecilnya hanya disebabkan oleh seseorang yang digelar perempuan. Aresyah bertekad mahu melupakan segala kenangan dia bersama Nazri dulu. Dia ingin bangkit daripada semua kelukaan ini. Tetapi, mampukah Aresyah melakukan semua ini ??

                                                     ***************

  Aresyah sedang asyik melayan Facebook. Dia membuka  profil Nazri untuk melihat gambar-gambar Nazri. Inilah rutin Aresyah setiap kali melayan Facebook. Ketika sedang leka melihat profil Nazri, mata dia terpaku pada sepotong ayat yang diberikan lelaki itu kepada seorang perempuan. Matanya terbuntang melihat bait-bait ayat yang diungkapkan lelaki itu. "I love you dear Baby.. I sayangkan you.." Ayat itu cukup membuatkan darah Aresyah mendidih. Untuk apa Nazri menulis ayat itu dan siapa yang dimaksudkan dengan 'Baby' ? sebab sepanjang mereka berkenalan, Nazri tidak pernah memanggilnya dengan panggilan sedemikian.

  Aresyah pantas mengambil telefon bimbitnya dan menelefon buah hatinya bagi meminta penjelasan atas apa yang telah dia baca tadi. Panggilanpun bersambung. Aresyah tidak dapat menanti dan sabar dengan kata-kata kiasan. Dia terus melulu tanya kepada Nazri. "Siapa Baby? Sejak bila kau bercinta dengan dia? Kau cakap sekarang dengan aku!!"  hilang sudah panggilan manja di antara mereka.. Nazri hanya mendiamkan diri. Darah Aresyah makin mendidih. "Cakaplah! Kenapa kau diam?" herdik Aresyah. "Dia girlfriend aku. Puas hati kau? tempelak Nazri. "Sudahlah kau jangan ganggu hidup aku lagi" Nazri memberi amaran.

 Klik. Talian telahpun dimatikan. Telefon Aresyah terus jatuh dari genggamannya. Hatinya hancur berkecai atas apa yang berlaku. Semudah itu kasih sayang yang aku berikan dikhianati? Ya ALLLAH berilah kekuatan padaku untuk menghadapinya. Kini Aresyah tidak dapat menahan kelopak matanya dari dibanjiri mutiara jernih. Hubungan yang telah terjalin selama lima tahun telah sampai ke penghujungnya. Tidak mungkin dapat diselamatkan lagi.

                                              ***********************

  Aresyah pergi berjalan-jalan di persisiran pantai bagi menangkan fikiran. Deruan ombak yang mendamaikan dapat memberikan sedikit ketenangan padanya. Gadis itu mengaharapkan ada sinar cahaya cinta dalam dirinya agar dia dapat melupakan segala yang mengganggu jiwanya. Gadis itu bangun dan kakinya menari-nari di gigi air. Rambutnnya terbang mengikut arah tiupan angin. Sejuk anging mencengkam tubuhnya yang berbaju kurung. Tempat inijugalah mengingatkannya pada kenangan pada seorag lelaki yang pernah menyelamatkannya. Memberinya peluang kedua untuk hidup dan menemui takdir cintanya.

  Setelah beberapa bulan berlalu, Nazri kembali untuk menagih kembali cinta Aresyah. Dia sedar akan kesilapan dan kebodohannya yang tak tahu menilai yang mana cinta dan dusta. Namun tidak semudah itu bagi insan yang bernama Aresyah untuk menerima Nazri kembali. Pintu hatinya telah terktutup buat Nazri.

  "Awak faham ke tidak antara kita tak ada apa-apa lagi!!" herdik Aresyah. Rimas dengan kelakuan lelaki yang tak tahu malu. Hubungan sudah putus nak apa lagi ? "Syasya pleasee... Aku nak cakap sesuatu dengan kau.. Bagi aku satu lagi peluang pleasee..." jerit Nazri tanpa kenal erti putus asa. "Kau nak apa lagi ? Bagi kau peluang? Huh, kau dah lupa ke apa yang kau kata pada aku?" balas Aresyah sinis. "Aresyah pleasee bagi aku peluang terakhir untuk bersama dengan kau.." sayu suara Nazri. "Sorrylah aku dah ada boyfriend Kau pergilah cari perempuan lain. Hubungan kita dah lama putus dan tak akan bersama kembali FAHAM !!" jerit Aresyah dalam nada geram. Nazri tersentak. Dah ada boyfriend? Semudah itu? Saat itu Nazri telah hilang dari pandangan Aresyah, dia terus mengemas buku-bukunya ke dalam beg dan pulang ke rumah sewa.

                                      **************************

  PATUNG yang diberikan Nazri dipeluknya erat. Dia berasa bersalah sama ada mahu simpan atau pulangkannya kembali. Patung ini Nazri hadiahkan semasa mereka di kedai cenderahati. Masa itu dia berasa gembira sangat. "Kau pegang lagi patung tu buat apa? Kau nak bagi peluang kedua buat dia? Kalau aku, dah lama aku buang takpun aku bakar je patung tu. Puas hati aku." Fira rakan Aresyah memberi cadangan. "Entah.. Kau lupakan je dia. Ramai lagi lelaki yang lebih bagus dari dia" sampuk Dayah pula.

  Aresyah terus menyimpan anak patung tersebut ke dalam sebuah kotak lalu di simpannya ke dalam stor. Aku yang bodoh atau aku tidak tahu berfikir. Dia merasakan inilah keputusan yang sangat tepat. Membuang laki itu jauh-jauh dari hidupnya setelah lima tahun menjalin hubungan. Tiada lagi peluang kedua atau seumpama dengannya. Dia meletakkan egonya.

                              *****************************

  Kerana ego juga, Aresyah telah membawa diri pergi jauh dari Nazri. Namun, setelah setahun berlalu, mereka telah bertemu kembali apabila Nazri muncul untuk mengucapkan tahniah  atas kejayaannya menamatkan pengajian. "Tahniah Syasya.. Malam nie Syasya nampak cantik sangat.." puji Nazri. "Terima kasih" balas Aresyah sekilas. Dia masih marahkan Nazri atas apa yang berlaku antara mereka dahulu. "Syasya maafkan aku boleh?" pinta Nazri dengan lembut. "Maafkan kau? Terlalu mudah untuk kata maaf setelah diri aku kau khianati. Kau masih ada otakkan? Fikirlah sendiri!" bentak Aresyah. Dia meletakkan egonya agar dia tidak memberi peluang kepada Nazri. Aresyah terus berlalu meninggalkan Nazri. Aresyah berjalan keseberang tanpa melihat kiri dan kanan.

  "Aresyah !!!" jerit Nazri sekuat hati. Aresyah terkejut apabila badannya ditolak dan kedengaran bunyi dentuman yag agak kuat. Aresyah terus berpaling dan dia terus berlari ke arah bunyi dentuman itu. Aresyah dapati sekujur tubuh Nazri telah kaku di atas jalan. Dia rasa amat terkilan. Sekali lagi dia telah diselamatkan Nazri. Aresyah terus berlari ke arah Nazri sambil meraung. Dia berasa menyesal kerana disebabkan ego dia hilang orang yang dia sayang.

-TAMAT-






1 comment: